Latar belakang Idris Omar

Idris dilahirkan pada 18 Oktober 1935 di Kampung Tebal, Seberang Temerloh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Pondok Jambu Panji, Kota Bharu dan Pondok Guai. Kedua-duanya di Kelantan. Kemudian beliau meyambung pengajian di Kolej Islam Malaya, Klang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.[3]

Di Universiti al-Azhar, beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang keluarga dan sarjana dalam usul fiqh.[3]

Kerjaya

Beliau ialah Ketua Pendakwa Syari’e pertama di Bahagian Pendakwaan dan Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam Pahang[4][3] dan pernah menganggotai Jawatankuasa Fatwa Pahang.[5] Dalam dunia akademik, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah, Ketua Jabatan Syariah dan dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[5]